Saturday, December 26, 2009

eclipse



Mempersona rembulan terang

Membulat menerangi keheningan

Malam menyelubungi kesejukkan

Menusuk dalam hingga ketulang

Sampai tiba suatu ketika tak bertahan

Menukar pertukaran manusia haiwan

Sayup kedengaran nyalakkan

Misteri tersirat seperti berlakunya inkarnasi

Yang menyuntik inokulasi

Beraksinya melebihi tenaga hakiki

Sifat tak kala sumpahan terus kontinuiti

Di malam hari hanya penuh meditasi

Memburu makluk terbangan entiti

Penghisap darah diawasi

Tiada konfrontasi mengenainya

Sentiasa menjadi perlindungan diri

Tiada bercerita simpan sahaja

Hanya tercinta sedia dikongsi bersama

karya
fmy

Sunday, December 20, 2009

Hanya hamba sebermula

Buruk besi
Warna karat
Hina manusia
Miskin kedana
Basi nasi
Berulat-ulat
Layu pokok tak baja
Mengatai
Serba kurangnya
Bukan Nabi
Tiada sempurna
Karya
fmy

Saturday, December 19, 2009

Thinkawhile


"Don't shoot teammates!" dalam erti kata lain " Jangan tikam belakang yee"
Pesanan utk kita semua bersama sebab apa! sebabnya nanti ada yg terluka kerana si bermuka-muka :)

Thursday, December 17, 2009

My name is Rain




Hampirnya terbabas
Bunyi letupan kecil seakan gas
Situasi dikelilingi jentera
Bergerak laju satu hala
Kawalan emosi diuji
Perlahan-lahan kekiri
Dilorong kecemasan
Kini panik bersama rakan
Baru pertama kali bersua
Geram Suka Duka
Bercampuran sama masa
Daya rasional diguna
Sama-sama berbicara
Mencari penyelesaiannya
Pengalaman mencatatkan
Suatu yang boleh melucukan

Pendekkan cerita...my car is breakdown at MRR2 kerana sebuah cable clutch putus.. bersama dilokasi seorang rakan yang juga mangsa keadaan yg mahu dikenali sebagai "nonoque stranded" hahahaha..yg sama2 bersusah payah tolong and tolakkan kereta..kena hujan dan lecak dibawah jambatan..you rawk! :)
hikmahnya now i da pandai repair clutch selepas belajar dgn doktor kereta :D
p/s: ak nga tgok lagu malaysia berkumandang live menang emas..terbaek~~ Malaysia Pun Boley!

Monday, December 14, 2009

Refresh


Learn how to appreciate who love us not to use us :)

Saturday, December 12, 2009

Power of music


Seakan suatu pelayaran

Kisah lampau diperingatkan

Dari kecil hingga dewasa

Kehibaan dirasa suka dan duka

Pabila melodi muzik yang diolah

Mengimbau bayangan seribu kisah

Bergiliran retak saling melengkapi

Menusuk jiwa menyentuh hati

Kuasa irama gemersik alunan

Membawa leka indah kehidupan

Makin lama dihayati

Jauh pandangan dirasai

Mendengarkan masih tak puas

Sempitnya hati bertukar luas

Melanda perasaan penuh syahdu

Dibuai mendayu sebuah lagu


karya
fmy

Friday, December 11, 2009

Kejarkerja


Ada orang berkerja
Hanya wang tujuannya
Ada orang berkerja
Cuti sem dah bermula
Ada orang berkerja
Bila bosan melanda jiwa
Ada orang berkerja
Pengalaman dicarinya
Ada orang berkerja
Hanya suka-suka
Ada orang berkerja
Kerana terpaksa
Ada orang berkerja
Dipaksa-paksa pula
Ada orang berkerja
Tunjuk lagak sahaja
Ada orang berkerja
Mengejar cita-cita
Ada orang berkerja
Bersusah payah usaha
Ada orang berkerja
Nak yang senang belaka
Ada orang berkerja
Tiada gajinya
Sekurang-kurangnya
Mereka berkerja
Dari duduk termenung sahaja

Wednesday, December 9, 2009

what will you do?

If rumah u guys dimasukki tetamu yg tak diundang utk merompak..setakat mana persediaan terhadap keselamatan pada diri sendiri dan juga harta benda di rumah?

Adakah u guys akan...?

* bertempur dgn perompak?
*bersedia untuk membunuh? atau terbunuh?
*menyorok? dan menghubungi jiran atau polis senyap2?
*menjerit meminta tolong?
*hanya diam dan memberi apa saje yg diminta?

Walauapapun situasinya..ia tetap bahaya dan keadaan panik pasti berlaku..jadi mari cepat blaja martial art sekarang :D

Sunday, December 6, 2009

abc..xyz


ey..bee..see..dee..ie..eyf..gee..hech..eye..jay..kay..ell..am..and..owe..pee..que..are..ass..tee..you..vi..double you..ex..why..zi

gunaannya terlalu kerap..tapi npe tiada hari untuknya disambut..hahaha sebagai contoh hari abc sedunia dgn nyanyian lagu yang dari anak kecil smpai tua pn tahu..terima kasih wahai huruf..kerana perananmu mesejku sampai.. :D

Friday, December 4, 2009

Suatu Mendung


Ruyup mentari
Kedengaran
Kicauan
Si burung nuri
Melihatnya
Berterbangan
Formasi
Lekas kembali
Ke sarang
Di meranti
Sayup suara
Panggilan illahi
Merayu hamba
Menghadap Rabbi
Mendung menggelap
Menyelubungi
Tukaran malam
Yang sebelumnya
Siang terang
Tiada takuti
Yang kini
Dikelilingi
Makhluk entiti
Gerakan diawasi
Tiada dampingi
Definisi
Suatu corak
Realiti
Rutin diulangi
Setiap hari

karya
fmy

Thursday, December 3, 2009

Persis


Berjalan-jalan
liku sempadan
tiada halangan
kuat pegangan
Sampai tiba
tempat impian
bertambah semangat
mengubah haluan
Memikirkan seriknya
air mata bertakungan
selama diri
dunia diperhambakan
Menjadi harapan
hari ini
menempa kejayaan
jilid kehidupan
sentiasa kehadapan
menyelak suratan
Tersirat menginsafkan
Menyembuhkan
Menahan
Selagi
Hayat
Dikandung badan

karya
fmy

Monday, November 30, 2009

Exercise :D

Memotong rumput merupakan senaman yang sihat.:D

fmy :p

BUAL


Tongkat dagu

Tahan beban

Lama tunggu

Satu siksaan

Janji segala

Mahu sahaja

Tiba waktunya

Tiada berita


fmy

Saturday, November 21, 2009

Journey



The journey of no where


Man always confuse


The awareness too shalow


But they too boasting


They move and walk


Around the world


Without knowing


The air they use


Water they drink


The food they eat


Belong to


The great mighty


And merciful god


No one but Allah



fmy

Tuesday, November 17, 2009

Look Key Son


When phirdote drawing a potret..
:)