Bukan senang hendak suka
Beribu mahu seorang pilihan
Berat mulut nak bicara
Rindu hati tidak tertahan
Bila senang ia dapat
Mula mudah rasa meluat
Susah senang teduh bersama
Setia bila orang bercinta
Datang tiba bahana gelora
Lupa semua dikutuknya pula
Dulu kahwin baru cinta
Kini kebayakan suka-suka
Orang banyak macam ragam
Terkup memucat hari seram
Kawan tukar jadi suka
Tebal muka malu nak jumpa
Walau dulu tak pernah sopan
Kini tak kenyang bila makan
Mencuri hati lama terpendam
Rancak borak tengah malam
Tapi ia bukannya semua
Ada cinta kerana terpaksa
Korban jiwa dan segala
Datang orang ketiga
Habis goncang nilai setia
Mula nak guna buku lima
Jadi pahlawan salah cara
Kebas lidah tikam-menikam
Akibat ia penuh suram
Keliru cinta dengan kasihan
Bila bosan tidak dilayan
Amal tambat cara talam
Tersirat hasrat penuh niat
Tunggu masa untuk membaham
Elak jatuh kelembah maksiat
Sanggup tunggu hingga berzaman
Bukti sejati seorang teman
Jangan dilupa semua kawan
Jangan pula dendam lawan
Rapat-rapat sudah selalu
Lupa hukum buat tak tahu
Ada cinta tidak dibalas
Pujuk rujuk tak pernah malas
Kadang itu hikmah permulaan
Jalan membawa suatu kejayaan
Hasil bersama lahirkan permata
Hari baru bawa bahagia
Bila rindu tengokkan bulan
Cinta yang satu hanya Tuhan
karya
fmy