Khamis, 30 Julai 2009

Nukilan Caturan

Masa berlalu zaman berubah
Generasi baru lahir sudah
Banyak perkara dibuat mudah
Kerja senang tanpa dikerah
Namun fikiran celaru resah
Dahaga dunia diri menyerah
Tenang negara sangat bertuah
Undang-undang sibuk mengarah
Bangsa pula makin bertambah
Cubaan makan satu kuah
Merasa semua sama dijamah
Hakikat ia timbul lelah
Jangan dibazir darah
Pijak nyata kaki ditanah
Imbas kembali semua sejarah
Banyak yang kuat tetap kalah
Kelemahan bila memerintah
Bila tabiat berpecah-pecah
Apakah nasib bagi yang lemah
Bila si gagah gemar berbalah
Kembalilah kepada sifat mahmudah
Sebelum ia jadi parah
Tujuan sebenar jadi khalifah
Yang kekal hanya kitabullah
Karya
fmy
 
;