Rabu, 16 Jun 2010

Origameyyh



Lipatan kertas yang menghasilkan suatu bentuk kadangkala begitu menarik dan diluar jangkaan dimana ia mampu sebenarnya dilakukan melalui penilitian untuk menentukan sudut tepat dengan disertakan amalan matematik yang secara asas berfungsi mencipta diagram atau apa jua bentuk yang ingin dicipta. Reka bentuk bergantung kepada keupayaan bilangan minimum parameter kertas yang pada penyudahan geomatriknya nanti dapat dipegang dengan mudah serta stabil dalam persembahan. Matlamat penghasilan hasil kerja yang lebih dikenali sebagai origami ini ialah menukarkan sehelai kertas yang rata kepada suatu model bermula dengan teknik melipat tanpa menggunakan sebarang alat guntingan atau gam untuk mencantum mana-mana bahagian tertentu. Kebanyakkan origami kini semakin dipelbagaikan daripada aspek bahan asas dimana bukan sahaja kertas malah penggunaan lipatan kain atau apa jua material telah berjaya direalisasikan menjadi barang perhiasan origami selepas didekorasikan sehingga tampak menarik.
fmy
 
;