Sabtu, 14 Ogos 2010

Fatamorgana


Melayari dunia modenisasi
Seakan satu proses transaksi
Logik penulisan suatu aplikasi
Mampu membuat terminasi
Atau perubahan satu kondisi
Hanya dihujung jari

Kemudahan permodenan dunia banyak menyumbang kepada kenaikan taraf kehidupan manusia menjadi lebih selesa dan mudah . Telah banyak pengusaha melaburkan modal mereka untuk menghasilkan produk-produk canggih berteknologi tinggi sehinggakan sanggup membayar jutaan ringgit mendapatkan jurutera mahir serta sumber bahan berkualiti tinggi bagi merekabentuk alatan supaya diterima ramai dalam fungsi penggunaannya. Hari ini, perlaksanaan kerja yang cepat dan canggih contohnya teknologi perubatan yang rumit, gadget mudah alih telefon bimbit dan komputer, telah banyak memberi kebaikan seperti kelangsungan dalam pengkongsian maklumat dan komunikasi seluruh dunia hanya dihujung jari. Kes pencurian data, lambakkan aplikasi permainan dan hiburan, pemalsuan data dan informasi yang tidak tepat, laman sesawang yang kurang sesuai dilihat untuk golongan bawah umur terumanya kanak-kanak muslim merupakan sebahagian impak secara tidak langsung kepada pembentukan sikap dan pemikiran masyarakat. Tiada guna kemudahan hidup dalam berteknologi tetapi pengisian hidup dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang secara perlahan-lahan menyesatkan. Langkah mencegah memang diakui sukar dilakukan, lebih-lebih lagi golongan muda kini lebih mendambarkan banyak maklumat terkini dari Barat. Tiada lebih berkesan dalam menghadapi situasi sedemikian rupa, samada menggunakan teknologi moden ini kearah kebaikan atau sebaliknya berbalik kepada diri sendiri yang mampu membuat keputusan. Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana telah mengurniakan akal fikiran untuk berfikir, jadi pilihlah mana terbaik.

fmy
 
;