Sabtu, 21 Disember 2013

Kelihatan padaku manusia kerdil,
Yang masih tertatih tatih,
Dari satu lembaran ke satu lembaran,
Ke arah saujana mata memandang,
Belum dapat dipastikan lagi,
Dapat direnangi dengan penuh kejayaan,
Lautan luas penghidupan,
Terketar sungguh hati dan jiwaku,
Takala gelita membungkus maya,
Hanya berpinjamkan cahaya,
Daripada langit yang terang,
Ku tinggalkan lena,
Ku tinggalkan angan,
Diwaktu pungguk menyanyikan irama malam,
Ku tetap gigih,
Walaupun sejuk mencengkam kaki,
Tak aku hiraukan,
Untuk menjahit kebahagiaan,
Diatas kain dukaku,
Daripada warna benang perasaan
Sehingga terjalin ikatan,
Yang utuh bak samarinda,
Buat bekalan hari mendatang
Bakal aku terokai.

fmy
 
;